Armada Kini Armada Penerbangan Malaysia

Setakat Jun 2020[update], armada Malaysia Airlines terdiri daripada pesawat berikut:[2][3][4]

Armada Malaysia Airlines
PesawatDalam PerkhidmatanTempahanPenumpangNota
S BE+ETotalRujukan
Airbus A330-200 [5]61942226287[6]3 pesawat dicat dengan Livery Istimewa Negaraku
1 pesawat dicat dengan Livery Istimewa Visit Truly Asia Malaysia 2020.
Airbus A330-300 [7]152716247290[8]2 pesawat dicat dengan Livery Oneworld.
Airbus A350-900 [9]643527220286[10]3 pesawat dicat dengan Livery Istimewa Negaraku livery.[11][12][13][14]
Airbus A380-800 [15]686662350486[16]termasuk pembinaan 100th A380
Boeing 737-800 [17]4816144160[18]1 Pesawat dicat dengan Livery Istimewa Negaraku.
1 Pesawat dicat dengan Livery Oneworld.
1 Pesawat dicat dengan Livery Retro.
1 pesawat mempunyai pelekat 100th Malaysia Airlines 737.
Boeing 737 MAX 815TBA
Boeing 737 MAX 1010TBATempahan ditukar dari tempahan asal Boeing 737 MAX 8.[19]
Total8125

Tipe Pesawat

Airbus A330-200

Malaysia Airlines mempunyai 6 Airbus A330-200 yang dipajak,[20] digunakan untuk beberapa laluan jarak jauh yang memiliki permintaan tinggi. Pesawat ini ialah barang terpakai dan telah mengekalkan konfigurasi pengendali mereka sebelumnya (Air Berlin), ini ialah 16 tempat duduk Kelas Perniagaan dan 271 tempat duduk Kelas Ekonomi. [20] Syarikat penerbangan ini sebelum ini mengendalikan lima ' generasi tua 'A330-200s antara 2003 dan 2013.[petikan diperlukan]

Airbus A330-300

Armada Malaysia Airlines Airbus A330-300 digunakan untuk penerbangan Laluan jarak menegah dan jarak jauh.[petikan diperlukan] mereka dicat dengan Livery Baharu dan juga dilengkapi dengan fitur penerbangan yang dipertingkatkan, sebagai sebahagian daripada program pembaharuan armada syarikat penerbangan. Yang pertama dari A330 baru ini tiba pada tahun 2011.[21]

Malaysia Airlines sebelumnya mengoperasikan sebanyak 13 A330-300 'generasi yang lebih tua', menerima yang pertama di Tahun 1995. Semuanya telah dikeluarkan dari armada.[petikan diperlukan]

Airbus A350-900

Malaysia Airlines mula mengambil hantaran enam pesawat Airbus A350-900 di Tahun 2017 untuk menggantikan Armada Boeing 777-200ER yang sudah Tua dan operator A350-900 yang pertama untuk menawarkan kelas pertama.[4] Mereka dikonfigurasi untuk menampung 4 tempat duduk di Kelas Pertama, 35 tempat duduk di Kelas Perniagaan dan 247 tempat duduk di Kelas Ekonomi (total 286 tempat duduk) setelah Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Peter Bellew mengatakan kerusi ekonomi premium "akan mengikis produk dan pendapatan perniagaan kami".[22][4][23][24] pada Tarikh 12 December 2018, Kelas Pertama telah dijenamakan semula menjadi Kelas Suit Perniagaan.[25]

  • Pautan Maklumat Lanjut yang mengandungi Am mengenai Armada A350 Penerbangan Malaysia

airlinesfleet.com/malaysia-airlines-fleet-airbus-a350-900-details-and-pictures/

Airbus A380-800

Malaysia Airlines menandatangani kontrak dengan Airbus untuk membeli enam Airbus A380s di Tahun 2003 untuk menggantikan Armada Boeing 747-400 yang menua, dimana ia telah beroperasi sejak Tahun 1990. Syarikat Penerbangan itu diharapkan untuk menerima Airbus A380 yang pertama di Tahun 2007, namun penghantaran di tangguhkan kerana masalah pembuatan.[26][27] pada Tarikh 3 Oktober 2006, saat selesai mengkaji Program A380 penghantaran ditangguhkan 2 tahun Lagi menjadi Tahun 2009.[27][28]

Malaysia Airlines dan Airbus sepakat dengan pampasan dan jadual baharu untuk penghantaran pada Tarikh 31 Mac 2008, mempertimbangkan keseluruhan rencana Baharu Syarikat Penerbangan itu, dengan penghantaran untuk di dibuat di Tahun 2011.[29][30][31] namun, Airbus menangguhkan penghantaran A380 yang pertama untuk untuk kali kedua.

A380 yang pertama dihantar di Bulan Mai Tahun 2012.[32] dan fitur semua Livery yang baru untuk menandakan Rekaan Elemen Syarikat Penerbangan Layang-layang 'wau'.[33] penerbangan Komersil A380 yang pertama bermula beropersi pada Tarikh 1 Julai 2012 terbang dari Kuala Lumpur ke London, dengan penerbangan selanjutnya Kuala Lumpur - Sydney pada Tarikh 25 September 2012.[34] Syarikat Penerbangan itu menerima semua penghantaran sebanyak enam buah A380s di bulan Mac Tahun 2013, dengan pesawat A380 yang terakhir iaitu 100th A380.[35]

A380 mempunyai 8 Kerusi di Kelas Pertama di depan bahagian deck tingkat bawah, 66 kerusi di kelas Perniagaan di deck tingkat atas dan total sebanyak 420 kerusi ekonomi di keseluruhan kedua-dua deck, dengan sebanyak 350 di deck tingkat bawah dan 70 diatas.[36] Kanak-kanak dibawah 12 tidak dibolehkan untuk melancong di kabin ekonomi deck tingkat atas.[37] Malaysia Airlines asalnya Mahu memperkenalkan Kelas Ekonomi Premium ke A380, namun banyak kerusi kelas Ekonomi yang lebih sepadan.[petikan diperlukan]

pada Tarikh 30 April 2015, telah diberitahukan bahawa Malaysia Airlines akan berencana untuk menjual atau menyewa kesemua enam Armada Airbus A380 nya dikeranakan krisis kewangan .[38][39] namun memutuskan untuk tetap menyimpan A380 dalam perkhidmatannya.

pada Tarikh 12 Disember 2018, Kelas Pertama telah dijenamakan semula menjadi Kelas Suit Perniagaan.[25]

Boeing 737-800

Bahagian ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam [//ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Armada_Penerbangan_Malaysia&action=edit memperbaiki bahagian ini] dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (April 2018) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

tempahan 737-800 yang pertama telah pertama diumumkan pada Persembahan Udara Farnborough pada Tarikh 16 Julai 2008. di Bulan February Tahun 2009, Malaysia Airlines menerima dua Sewaan 737-800 dalam Armada Pesawat. Boeing 737-800 Pada masa ini merangkumi sebahagian besar pesawat di bawah Malaysia Airlines dan terutama ditugaskan untuk penerbangan ke destinasi Asia Tenggara dan domestik.

Boeing 737 MAX

Pada 27 Julai 2016, Malaysia Airlines mengumumkan pembelian 25 jet Boeing 737 MAX, yang terdiri daripada 25 tempahan tegas dan 25 pilihan untuk kedua-dua model MAX 8 dan MAX 10. Pengiriman pesawat yang ditempah, berharga sekitar 5.5 miliar dolar, dijangka bermula pada tahun 2019 untuk menggantikan beberapa pesawat Boeing 737-800.[40] Walau bagaimanapun, penahanan pesawat oleh pihak berkuasa penerbangan di seluruh dunia berikutan dua kemalangan maut dalam masa kurang dari 5 bulan menyebabkan penghentian semua penghantaran baharu.

Rujukan

WikiPedia: Armada Penerbangan Malaysia http://www.aeromalaysia.com/joule/AEROMMASFLEETOUT... http://afp.google.com/article/ALeqM5izEa9vTtYfWhK_... https://www.ausbt.com.au/malaysia-airlines-drops-f... https://www.ausbt.com.au/malaysia-airlines-mas-dec... https://www.ausbt.com.au/malaysia-airlines-puts-it... https://www.ausbt.com.au/mas-airbus-a380-on-sydney... https://www.ausbt/malaysia-airlines-mas-airbus-a38... https://www.airbus.com/en/presscentre/pressrelease... https://www.airbus.com/newsroom/press-releases/en/... https://www.airbus.com/newsroom/press-releases/en/...